TAIPING, PERAK – Sebuah video tular sejak awal pagi tadi yang jelas kelihatan satu sosok badan dipercayai ‘Hantu Pocong’ telah menumpang sebuah lori.
Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku berhampiran Changkat Jering, Taiping dan tidak diketahui bila waktu sebenar rakaman tersebut dirakamkan.
Berdasarkan video yang tular berkenaan, pemandu lori dengan selamba merakam kelibat ‘pocong’ itu dengan loghat bahasa utara; “Assalamualaikum, pada sapa sapa yang tertinggal sahabat atas highway dekat Changkat Jering, nak halau macam mana.
“Ini dok ada dengan kita ni sahabat depa. Adoi, dah baca macam-macam doa dah baca tapi tak jalan juga.
“Nak sampai Alor Pongsu ni kot dia mau turun, adoi, dok lain kali jangan tinggal merata.”