Tiga Individu Sesak Nafas Di Gunung Kinabalu

Tiga Individu Sesak Nafas Di Gunung Kinabalu

0
SHARE
Sumber Foto: Ihsan Bomba Sabah...

RANAU, SABAH – TIGA (3) individu yang mengalami sesak nafas ketika cuba menawan Gunung Kinabalu semalam dibantu pasukan ‘Bomba Gunung’ (MOSAR).

Kes pertama melibatkan seorang wanita yang diberikan bantuan perubatan pada KM 6.4 laluan ke Panar Laban.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah melaporkan mangsa insiden 11.45 pagi itu ditempatkan di ruangan pesakit Panar Laban untuk pemantauan serta tindakan lanjut.

Sumber Foto: Ihsan Bomba Sabah…

MOSAR sekali lagi menerima panggilan pada jam 7 malam dan mengusung juga seorang wanita dari ruangan VIP 3 Panar laban ke Timpohon Gate.

“Pasukan turut mendapat bantuan agensi lain di lokasi iaitu Prof Madya Dr Rosnah (UKM),” katanya dalam kenyataan.

Pada kira-kira pukul 10 malam, pasukan MOSAR bergegas membawa oksigen kepada seorang lelaki dewasa yang sudah berada pada 400 meter sebelum rumah rehat itu.

Acute Mountain Sickness berlaku dengan pengurangan tekanan udara dan paras oksigen pada altitud tinggi yang mengakibatkan pening, sakit kepala, sakit otot, loya dan lain-lain.