Pura-Pura Lumpuh Untuk Mengemis

Pura-Pura Lumpuh Untuk Mengemis

0
SHARE
Pengemis yang berpura-pura lumpuh rupanya sempurna fizikal...

JAKARTA, INDONESIA – Seorang lelaki sempurna fizikal sanggup menggunakan taktik berpura-pura lumpuh untuk mengemis demi meraih simpati orang awam, lapor Suara.com.

Namun, lelaki yang dikenali sebagai AJ itu sudah pernah diambil tindakan pihak berkuasa kerana didapati menipu dan boleh berjalan seperti biasa.

Semasa ditangkap, dia berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan itu sebelum dilepaskan.

AJ bagaimanapun mengingkari janjinya apabila dia didapati kembali menjalankan operasinya dengan berpura-pura lumpuh bahagian kaki.

Dia turut menggunting rambutnya bagi mengelakkan dirinya daripada dikenali orang ramai…

Selepas videonya menjadi tular, AJ akhirnya ditangkap pihak bekuasa dan dibawa ke pusat perlindungan kebajikan sosial.

“Kami sudah menangkap AJ dan dia telah ditempatkan di pusat perlindungan untuk beberapa ketika,” kata Ketua Jabatan Sosial Pekanbaru, Idrus.

AJ yang dikatakan hidup sebatang kara dilaporkan merantau ke Pekanbaru dan menjadi pengemis kerana kesempitan hidup.