SAGA X: Kota Kinabalu, Sandakan Juara Tenis

SAGA X: Kota Kinabalu, Sandakan Juara Tenis

0
SHARE
Saga x
Valerie (kiri) ketika mengalungkan pingat emas kepada atlet Kota Kinabalu ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Pasukan Kota Kinabalu dan Sandakan menjuarai acara tenis dalam Sukan Sabah (SAGA) X bagi kategori berpasukan.

Juara kategori berpasukan wanita dimenangi pasukan Kota Kinabalu melalui lima atletnya iaitu Rafiqah Mohammad Nor, Hannah Hil Xiang Hui, Selena Adeyola Christie Obatemi dan Kyra Vamsikrish selepas menewaskan Keningau dengan 2-1, sementara Kalabakan dan Sandakan di tempat ketiga dalam acara tersebut.

Bagi kategori lelaki berpasukan pula pingat emas dimiliki pasukan Sandakan melalui lima atletnya iaitu Stevie Alfie Silvester, Rishigeswaran Ulgneswaran, Sharvineswaran Ulgneswaran, Mohd Asyahmie Haffizie Suhaili dan Braylen Odell Johannes, setelah menewaskan tuan rumah, Kota Kinabalu dengan 3-0, manakala Kalabakan dan Tawau masing-masing meraih pingat gangsa.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah, Valerie Wong diringi oleh Pegawai Teknikal Keseluruhan Tenis SAGA X, Johnson Koh Yong Siang di Kompleks Sukan Kota Kinabalu, pada Selasa.

Pengurus Sukan Tenis Sandakan, Silvester Lawai ketika ditemui berkata walaupun persiapan pasukan dilakukan dalam masa yang singkat namun semua pemain dapat menunjukan prestasi yang baik dalam pertandingan SAGA X kali ini.

“Cabaran kami di pihak pengurusan adalah kekangan kewangan dalam mempersiapkan pasukan menggunakan sumber kewangan yang sedia ada selain sumbangan orang perseorangan dan kelab-kelab tenis Sandakan,” katanya.

Pertandingan akhir bagi kategori Individu lelaki dan wanita akan diadakan pada Khamis depan. — JABATAN PENERANGAN SABAH