Percikan Api Dari Enjin, Pesawat Malaysia Airlines Buat Pendaratan Cemas Di India

Percikan Api Dari Enjin, Pesawat Malaysia Airlines Buat Pendaratan Cemas Di India

0
SHARE
Mas
Gambar hiasan ( Sumber Foto: Gambar carian Google )

KOTA KINABALU, SABAH – Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) yang membawa lebih 100 penumpang menuju ke Kuala Lumpur melakukan pendaratan cemas di lapangan terbang Hyderabad di India berikutan masalah teknikal dengan enjin pesawat itu.

The Times of India memetik pegawai lapangan terbang Hyderabad sebagai berkata bahawa penerbangan MH199 berlepas pada 12.45 pagi hari ini tetapi terpaksa berpusing untuk membuat pendaratan cemas.

Difahamkan, pesawat itu mengalami kerosakan enjin, yang menyebabkan percikan api terpancar dari enjin yang terjejas.

MAS mengesahkan bahawa penerbangan MH199 dari Hyderabad ke Kuala Lumpur kembali ke Hyderabad kerana masalah dengan salah satu enjin selepas berlepas.

Katanya, pesawat itu kini didaratkan untuk pemeriksaan lanjut. Keselamatan penumpang adalah amat penting kepada Malaysia Airlines.