Pemuda PKR Sabah Gesa Tubuh Jawatankuasa Khas Tangani Masalah Air Sabah

Pemuda PKR Sabah Gesa Tubuh Jawatankuasa Khas Tangani Masalah Air Sabah

0
SHARE
Zaidi
Ketua Angkatan Muda Keadilan (PKR) Sabah, Zaidi Jatil ( Sumber Foto: Ihsan PKR Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Angkatan Muda Keadilan (PKR) Sabah menggesa kerajaan negeri menubuhkan jawatankuasa khas bagi menangani masalah air yang berlarutan.

Ketuanya, Zaidi Jatil berkata isu air bukan sahaja berlaku di Universiti Malaysia Sabah (UMS) namun di daerah seluruh negeri.

“Jawatankuasa Khas perlu meneliti apa sebenarnya masalah yang berlaku.

“Jika ada sabotaj ataupun salahguna kuasa, ia harus dibawa ke muka pengadilan.

“Rakyat perlu tahu kerana jutaan ringgit duit rakyat dibelanjakan namun masalah ini tidak selesai. Hasil siasatan perlu didedahkan kepada umum,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Beliau turut mengingatkan tentang kes rasuah melibatkan bekas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah di mana sejumlah RM44 juta ditemui di rumahnya.

“Yang menjadi mangsa tiada air adalah rakyat,” ujarnya.

Beliau turut selaku mengharapkan agar kerajaan persekutuan dan Sabah dapat menyelesaikan masalah tersebut bagi kemudahan rakyat khususnya mahasiswa di UMS.