MANCHESTER, ENGLAND – Pasukan bola sepak Manchester United merangkul trofi Liga Europa selepas menewaskan Ajax Amsterdam dengan jaringan 2-0 yang berlangsung di Friends Arena, Stockholm, Rabu (24/5/2017).
Dengan status juara, United berjaya layak untuk memasuki Liga Juara-Juara (UCL) pada musim depan bersama-sama dengan empat wakil daripada kalangan kelab liga Inggeris iaitu Chelsea, Tottenham Hotspur, Manchester City, dan Liverpool.
Secara ringkasan permainan pada aksi perlawanan akhir itu, Ajax lebih mengawal permainan berbanding United (60% – 40%), tetapi keputusan menentukan United menang.
Memetik petikan AFP sebagai berkata: pengendali Ajax, Peter Bosz berkata, taktik ‘tidak bercita-cita’ Manchester United menyebabkan perlawanan amat membosankan ketika pasukannya tewas 0-2 dalam final Liga Europa di Stockholm.
United merangkul trofi berkenaan buat kali pertama, Paul Pogba dan Henrikh Mkhitaryan menhadi ‘hero’ United pada perlawanan itu apabila masing-masing menharingkan satu gol yang membawa kemenangam walaupun kurang menguasai keseluruhan permainan.
“Saya sangat kecewa kerana anda bermain dalam perlawanan akhir untuk memenangi trofi. Kami memberi aksi terbaik, tetapi gagal menang.
“Saya tidak dapat melihat aksi terbaik Ajax seperti yang biasa dilakukan, iaitu permainan bola sepak menarik, dominan dan mengasak lawan.
“Sukar untuk mengatur asakan apabila Manchester United hanya berminat membuat hantaran jauh dan tidak mahu mengambil risiko melakukan gerakan pendek ke arah pintu gol.
“Saya rasa, ini perlawanan yang membosankan. Tidak banyak peluang diatur kedua-dua pasukan,” kata Bosz.