Perkembangan Politik Di Semenanjung Tidak Harus Pengaruhi Kerjasama GRS – Dr Salleh

Perkembangan Politik Di Semenanjung Tidak Harus Pengaruhi Kerjasama GRS – Dr Salleh

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Bekas ketua menteri, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengingatkan kerjasama parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) harus menjurus kepada memperkukuhkan ekonomi dan mengutamakan kebajikan masyarakat negeri Sabah melalui SEMBILAN (9) manifesto yang telah diumumkan pada PRN lalu.

“Sembilan perkara…itu ialah hak negeri, infrastruktur, ekonomi, peluang pekerjaan, perkhidmatan awam, kesihatan, kemakmuran, pendidikan dan sumber manusia, keselamatan dan belia serta pembangunan wanita,” katanya.

Memetik laporan FMT, pemimpin UMNO Sabah itu berkata perkembangan politik di Semenanjung tidak harus mempengaruhi kerjasama erat antara komponen-komponen parti dalam GRS.

“Sewajarnya, kita harus terus berbakti dan memastikan sokongan kepada kerajaan Sabah bawah pimpinan Ketua Menteri Hajiji Mohd Noor diperkukuhkan,” katanya lagi.

Beliau yang juga bekas menteri komunikasi dan multimedia, berkata kerajaan negeri harus memastikan pertumbuhkan Sabah tidak terjejas susulan wabak Covid-19 yang memberikan kesan besar kepada semua.

“Maka, menjadi tanggungjawab kita bersama untuk memastikan pandemik ini dibendung dan ekonomi kita akan terus berkembang seperti sebelumnya,” katanya lagi.