Phoong Komited Selesaikan Project Star City Yang Lama Terbengkalai

Phoong Komited Selesaikan Project Star City Yang Lama Terbengkalai

0
SHARE
Phoong
Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Phoong Jin Zhe dalam sesi dialog berkenaan Projek Star City yang terbengkalai ( Sumber Foto: Ihsan Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah komited untuk membantu menyelesaikan isu Projek Star City yang telah lama terbengkalai.

Perkara terbabit disuarakan menterinya, Phoong Jin Zhe dalam satu sesi dialog pihaknua bersama PEKESTAR, Fusun International Holding LTD.

Saya faham banyak komplikasi berkenaan Star City yang berlarutan sejak 18 tahun lepas, tapi saya akan menjadikan keutamaan saya mengkaji projek ini dan seterusnya cuba membantu keperluan para pembeli Star City sedia ada.

“Saya akan cuba sedaya upaya membantu mencari penyelesaian terbaik untuk kedua-belah pihak, para pembeli dan SUDC dalam isu ini,” katanya.

Phoong juga berkata bahawa beliau telah dipilih oleh rakyat dan menjadi
tanggungjawabnya dalam menyelesaikan isu berbangkit di Kota Kinabalu.