TAWAU, SABAH – Dua buah rumah dengan jumlah kenderaan sama musnah dalam kebakaran di Kg Bombalai di Jalan Sungai Imam.
Sebuah rumah yang bersambung nyaris menemui nasib serupa dalam insiden kira-kira pukul 4.50 petang semalam.
Jurucakap bagi Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata kedua-dua rumah jenis separuh kekal itu masing-masing berukuran 30×60.
“Sebuah rumah lagi terbakar lima (5) peratus. Turut terbakar sebuah kenderaan jenis Proton Saga dan sebuah motorsikal terbakar 100 peratus…
“Operasi pemadaman menggunakan dua (2) aliran 400 kaki empat (4) pancutan sumber air dari tangki jentera,” katanya dalam sebuah kenyataan.
Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dan operasi terkawal pada jam 5.33 petang.






