Pemuda ‘Mengidam’ Benda Tajam, Telan 70 Batang Paku

Pemuda ‘Mengidam’ Benda Tajam, Telan 70 Batang Paku

0
SHARE
Xray
Imbasan ujian X-ray menunjukkan puluhan paku bersaiz besar di dalam perutnya. ( Sumber Foto: IST )

JAKARTA, INDONESIA  –  Seorang lelaki berusia 22 tahun di Indramayu, wilayah Jawa Barat terpaksa menjalani pembedahan selepas menelan kira-kira 70 batang paku, lapor akhbar Tribunnews semalam.

Memetik sumber Kosmo Online, Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Slamet Hidayat, sebelum ini mengadu sering mengalami sakit perut luar biasa dan muntah.

Dia kemudian dibawa ke hospital oleh keluarganya untuk menjalani pemeriksaan.

Menurut seorang pakar bedah, Deden Bonni Koswara, lelaki itu gemar makan paku dan jarum dengan sengaja dan dia melakukan perbuatan berbahaya itu selama setahun.

“Ahli keluarganya memaklumkan bahawa dia suka makan jarum dan paku selama setahun,” kata Deden. 

Ujian X-ray mendapati berpuluh-puluh paku bersaiz besar berada di dalam perutnya, menyebabkan dia perlu dibedah segera.

Pembedahan kecemasan itu berlangsung selama dua jam dan kira-kira 70 batang paku berjaya dikeluarkan.

“Semuanya ada sebanyak 70 paku (yang dikeluarkan),” kata Deden. 

Pesakit dilaporkan stabil dan sedang menjalani rawatan dan pemulihan di hospital itu.