Lan Solo Jalani Pembedahan Buasir Buat Kali Kedua

Lan Solo Jalani Pembedahan Buasir Buat Kali Kedua

0
SHARE
Sheila berkongsi foto Lan sedang terbaring di katil hospital sebelum menjalani pembedahan...

KUALA LUMPUR – Bekas Penyanyi Kristal, Lan Solo menjalani pembedahan buasir buat kali kedua di sebuah pusat perubatan di Puchong, Selangor pada Isnin.

Muhammad Razlan Mohamed Yusof, 39, menghidap penyakit buasir tahap empat.

Isterinya, Nur Sheila Hassim berkata kali pertama Lan menjalani pembedahan ‘haemorrhoid’ pada tahun 2017.

“Tapi kali ini doktor buang tiga sekali gus selepas bengkak…

“Kami sudah ke klinik untuk dapatkan rawatan dan tapi tidak menjadi membuatkan kami terpaksa ke hospital untuk dapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika memetik mStar.

Sheila berkata Lan merasa macam mahu demam selepas balik dari program pada Ahad.

“Dia pun sudah rasa macam buasir itu terkeluar. Biasanya boleh tolak balik tapi kali ini lebih teruk…

“Sudah cuba pelbagai cara yang selalu buat pun tidak menjadi juga.

“Kurang rehat dan terlalu tertekan menjadi punca Lan menghidap penyakit ini,” jelasnya.

Walau bagaimanapun, Lan mungkin akan bertemu peminatnya di Sabah pada Sabtu ini selepas dibenarkan keluar Hospital pada Rabu.