
KUDAT, SABAH – Dua individu dalam Proton Saga LMST cedera parah apabila tersepit dalam kenderaan terbabit selepas bertembung dengan sebuah van dekat Pusat Latihan Dakwah Sikuati semalam.
Seramai 13 orang mangsa terlibat dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, lapor Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.
Menurut jurucakap, terdapat 11 orang pelajar SMK Sikuati 1 termasuk seorang pemandu dalam van jenis Toyota Hiace.
“Dua orang mangsa tersepit berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba. Manakala 11 orang mangsa di dalam van iaitu 6 lelaki dan 5 perempuan termasuk pemandu juga dilaporkan mengalami kecederaan…
“Semua mangsa telah diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS Bomba dan Kementerian Kesihatan Malaysia di tempat kejadian.
“Mereka seterusnya dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS, Ambulans dan juga kenderaan Polis untuk mendapatkan rawata lanjut,” katanya.