KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes harian COVID-19 Sabah menyusut sebanyak 23 kes menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan baharu sebanyak 351 KES.
Daerah dalam kumpulan “Empat Serangkai” iaitu Kota Kinabalu (59), Tuaran (50), Kota Belud (41) dan Ranau (33) kembali menjadi penyumbang “top four” (empat tertinggi).
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun memberitahu daerah Papar, Penampang, Keningau, Beaufort dan Tenom juga mencatat kes dua angka tetapi masih dibawah paras 30.
“Secara keseluruhan, 22 daripada 27 daerah di Sabah hari ini mencatatkan kes di bawah paras 20 kes dengan 18 daripadanya mencatatkan kes satu angka sahaja…
“Tidak ada kes baharu di empat daerah, Kalabakan, Kunak, Semporna dan Tongod,” katanya dalam sebuah rumusan harian kes.
Katanya seramai 341 orang atau 97 peratus adalah dalam Kategori 1 dan 2 yakni tidak bergejala atau hanya mengalami gejala ringan.
“Mereka tidak memerlukan rawatan dihospital…
“Seorang pesakit dalam Kategori 3 dan masing-masing dua (2) orang dalam Kategori 4 dan 5.
“Lima (5) pesakit lain masih dalam penilaian lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah,” katanya.
Dalam pada itu, bedasarkan statistik kes harian di seluruh negara pada Jumaat, kadar kebolehjangkitan virus atau R0/RT bagi Malaysia ialah 0.97, dan Sabah pula, 0.94.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (04 Dis) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 59 (61)
Tuaran – 50 (60)
Kota Belud – 41 (24)
Ranau – 33 (23)
Papar – 26 (27)
Penampang – 19 (12)
Keningau – 19 (13)
Beaufort – 19 (19)
Tenom – 11 (19)
Kota Marudu- 9 (23)
Kuala Penyu – 8 (12)
Kudat – 8 (7)
Lahad Datu – 7 (6)
Tambunan – 6 (3)
Telupid – 6 (0)
Beluran – 5 (3)
Sandakan – 5 (19)
Sipitang – 5 (1)
Pitas – 5 (5)
Putatan – 4 (16)
Tawau – 3 (12)
Kinabatangan – 2 (4)
Nabawan – 1 (0)
Semporna – 0 (1)
Kunak – 0 (0)
Tongod – 0 (3)
Kalabakan – 0 (1)





