INDONESIA: Seorang wanita berusia 58 tahun maut selepas terjerat dengan kabel mikrofon dalam kejadian di kediamannya di Kampung Wonogiri II Kelapa 7, Jawa Tengah pada Ahad lalu.
Lebih menyayat hati lagi, mayat mangsa ditemui sendiri eh suaminya yang merupakan seorang pekerja binaan selepas pulang dari kerja.
“Apabila mangsa ditemui, barang kemas mangsa juga turut didapati hilang,” kata ketua penduduk setempat, Herwanto.
Turut dilaporkan bahawa pihak polis juga tiba di lokasi kejadian untuk mengumpul bukti dan membuat siasatan.
“Mangsa disyaki dibunuh kerana lehernya diikat dengan kabel ketika mayatnya ditemui,” kata Ketua Polis Lapangan Terbang Kotabumi, Inspektor Kolin Jamhari Juhdi.
Tambahnya, mayat mangsa telah pun dibawa ke hospital bagi tujuan bedah siasat.
“Kami sedang menjalankan siasatan lebih mendalam berhubung kejadian ini,” jelasnya.






