Hujan Lebat Di Pantai Barat Sabah Dijangka Berterusan Hingga Lewat Malam Ini

Hujan Lebat Di Pantai Barat Sabah Dijangka Berterusan Hingga Lewat Malam Ini

0
SHARE

PENAMPANG, SABAH – Hujan lebat di kawasan Pantai Barat Sabah yang dijangka berterusan sehingga lewat malam ini mengakibatkan 12 kawasan dalam daerah ini dinaiki air.

Hasil pemantauan Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Sabah mendapati Taman Donggongon, Penampang Proper dan Kampung-kampung Tuavon, Kambau, Dabak, Nambazan, Soboong Kolopis, Tingai Kolopis, Kolopis. Inobong, Kibabaig dan Gunsing antara yang terjejas.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“Rumah Kelab Kompleks Sukan Penampang kini dibuka sebagai pusat penempatan sementara, walaubagaimana pun tiada berlaku pemindahan mangsa,” kata sumber APM.

Jabatan Pengairan dan Saliran daerah ini juga mendapati bacaan terkini paras air Sungai Moyog berada di ketinggian 9.40 meter. Paras air bahaya adalah pada 9.0 meter.

“Semua agensi dalam Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Penampang bekerjasama membuat pemantauan di beberapa kawasan yang sering dinaiki air…

“Sepanjang pemantauan dilakukan paras air sungai semakin naik,” kata sumber lagi.

Sesetengah jalan raya termasuk Jalan Datuk Panglima Banting, Dakata, Kasigui, Jln Tuavon, Kolopis, Inobong, Kibabaig, Bulatan Siga, Edmund Labunda dan Nambazan hanya boleh diredah kenderaan berat.

Setakat ini sebuah sekolah iaitu SM St.Michael turut terjejas.

APM dalam satu kenyataan berkata pemantauan akan di lakukan dari masa ke masa disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu.