Mayat Bayi Lelaki Dijumpai Berbalut Plastik Di Tangga Premis

Mayat Bayi Lelaki Dijumpai Berbalut Plastik Di Tangga Premis

0
SHARE

PENAMPANG, SABAH – Mayat seorang bayi lelaki ditemui berbalut plastik pada anak tangga berhampiran sebuah lot premis di Bundusan hari ini.

Ketua Polis Daerah Penampang DSP Mohd Haris Ibrahim mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya menerima maklumat dari orang awam berhubung kes pada jam 1.10 petang.

“Pasukan perubatan yang juga di tempat kejadian mengesahkan bayi tersebut baru dilahirkan dan telah meninggal dalam tempoh lebih kurang enam jam sebelum ia dijumpai…

“Mayat bayi tersebut telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu untuk tujuan bedah siasat.

“Oleh yang demikian, polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” katanya.

Polis Penampang meminta orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian untuk segera menghubungi Bilik Gerakan IPD Penampang di talian 088-723961 atau Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Penampang, Inspektor Azerina Ali Omar di talian 014-653 5238.