Ewon Adakan Perbincangan Dengan Pimpinan Sabah Mengenai Agenda Pembangunan Keusahawanan

Ewon Adakan Perbincangan Dengan Pimpinan Sabah Mengenai Agenda Pembangunan Keusahawanan

0
SHARE
Ewon
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick bergambar bersama Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Phoong Jin Zhe, Pembantu Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai serta barisan pegawai lain ( Sumber Foto: Ihsan KUSKOP )

KUALA LUMPUR – Menteri Pembangunan Usahawanan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick mengadakan perbincangan dengan beberapa pemimpin Sabah mengenai pelbagai perkara terutamanya agenda pembangunan keusahawanan di negeri itu.

Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang meluangkan masa bertemu dengan dua pemimpin Sabah iaitu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Phoong Jin Zhe dan Pembantu Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Joniston Bangkuai, di sini, semalam.

Turut serta dalam perbincangan santai itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif POIC Sabah Datuk Fredian Gan, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sabah Julinus Jimit dan Setiausaha Politik Menteri KUSKOP Carl Moosom.

Ewon berkata, antara yang dibincangkan dan dipersetujui ialah sesi libat urus bersama pengusaha pelancongan luar bandar bagi DUN Kiulu dan Kadamaian dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Sabah.

“Saya juga bersetuju agar agensi KUSKOP mengadakan perbincangan dengan pihak Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) dan POIC mengenai potensi pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (SME) di Sabah.

“Selain itu usaha untuk membangunkan sektor keusahawanan khas bagi Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur – Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) juga turut dibincangkan,” katanya.