KM HAJIJI HADIR TAYANGAN “ANWAR: THE UNTOLD STORY”

KM HAJIJI HADIR TAYANGAN “ANWAR: THE UNTOLD STORY”

0
SHARE
Hajiji
Hajiji bergambar kenangan menghadiri Tayangan Anwar: The Untold Story di GSC 1 Borneo Mall ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor menghadiri tayangan filem biopik “Anwar, the Untold Story” di GSC 1 Borneo Mall, Kota Kinabalu, semalam.

Anwar: The Untold Story mengisahkan tentang jatuh bangun perjuangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam dunia politik terutama melawan rasuah.

Filem yang diusahakan pembikinannya sejak Ogos 2011 ini mengambil latar masa
sekitar tahun 1993 hingga September 1998.

Filem yang membabitkan kos RM10 juta
itu dibintangi oleh Farid Kamil, Acha Septriasa dan Hasnol Rahmat.