KUALA LUMPUR – Seramai lima orang individu telah dinamakan bagi menganggotai badan penasihat khas yang bakal membantu Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan.
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Anwar yang juga merupakan Perdana Menteri juga berkata badan penasihat khas itu adalah golongan profesional dan pakar ekonomi yang diketuai Penasihat PETRONAS, Tan Sri Hassan Marican.
Mengulas lanjut, antara lima tokoh terbabit yang disenaraikan ialah Pengerusi Eksekutif FVSB, Datuk Ahmad Fuad Md Ali; Profesor Ekonomi Universiti Sunway, Prof Dr Yeah Kim Leng; Profesor Ekonomi Universiti Malaya, Datuk Profesor Ulung Rajah Rasiah; dan Pengerusi Sarawak Energy Berhad, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi.
“Saya mengulangi pendirian badan penasihat khas yang dilantik ini tidak akan menerima sebarang bayaran daripada kerajaan,” katanya.





