Jumlah Peratusan Keluar Undi Awal PRN Sarawak Cecah 76%

Jumlah Peratusan Keluar Undi Awal PRN Sarawak Cecah 76%

0
SHARE

KUCHING, SARAWAK – Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini menunjukkan jumlah peratusan pengundi awal mencapai 76 peratus (76%) setakat pukul 1 tengah hari tadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memalumkan perkara berkenaan sebentar tadi setelah mengambil kira kesemua pusat mengundi awal yang dibuka hari ini (14 Dis).

Menurut SPR, sebanyak 85 pusat mengundi awal dibuka bermula pukul 7.30 pagi tadi hingga 5 petang ini pada PRN Sarawak kali ini.

Terdahulu, seramai 23,043 pengundi awal yang membabitkan 69 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) mula membuang undi pagi tadi.

Anggota dan pegawai polis serta pasangan merupakan sebahagian daripada jumlah berkenaan dan selebihnya lagi adalah daripada kalangan pegawai Angkatan Tentera Malaysia.