SYABAS!! KES COVID-19 MENURUN DI SABAH DALAM TEMPOH 3 BULAN

SYABAS!! KES COVID-19 MENURUN DI SABAH DALAM TEMPOH 3 BULAN

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah mencatatkan penurunan 327 kes positif yang membawa kepada jumlah kumulatif di bawah paras lapan ratus hari ini.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah 751 KES hari ini adalah yang terendah sejak 27 Julai lalu.

Katanya 18 daerah mencatat penurunan (kes), dengan cuma enam (6) daerah mencatatkan peningkatan kes sementara tiga (3) daerah kekal dengan jumlah kes semalam.

“Kawasan bandar-bandar utama juga menunjukkan trend rekod yang baik di mana semua bandar utama merekodkan penurunan kes kecuali Kota Kinabalu dengan peningkatan 17 kes dan juga Semporna dengan peningkatan satu (1) kes…

“Antara enam (6) daerah yang merekodkan peningkatan kes pada hari ini, hanya Kinabatangan sahaja yang menunjukkan peningkatan signifikan iaitu kenaikan 51 kes.

“Peningkatan yang agak tinggi ini adalah disebabkan oleh penambahan 46 kes baharu di dua kluster sedia ada di daerah tersebut,” jelasnya.

Antara 18 daerah lain yang mencatatkan penurunan ketara ialah Lahad Datu 50 (-81) kes, Ranau 17 (-52) kes, Keningau 51 (-51) kes, Kota Marudu 27 (-34) kes, Penampang 36 (-28) kes, Nabawan 14 (-25) kes, Sandakan 60 (-21) kes, Pitas 19 (-20), Kudat 7 (-15) kes, Putatan 21 (-13) kes, Tawau 29 (-12) kes, Tongod 2 (-12) kes, Tuaran 46 (-11) kes dan Tambunan 2 (-10) kes.

“Hari ini 31 peratus kes di Sabah adalah daripada kategori saringan bergejala. Kes-kes bergejala yang juga dikenali sebagai kes-kes jangkitan sporadik sering dikaitkan dengan kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan penjagaan kesihatan diri.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (27 Sept) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 140 (123)
Kinabatangan – 67 (16)
Sandakan – 60 (81)
Keningau – 51 (102)
Lahad Datu – 50 (131)
Tuaran – 46 (57)
Kota Belud – 43 (51)
Papar – 37 (32)
Penampang – 36 (64)
Tawau – 29 (41)
Kota Marudu – 27 (61)
Putatan – 21 (34)
Pitas – 19 (39)
Beluran – 17 (16)
Ranau – 17 (69)
Nabawan – 14 (39)
Tenom – 14 (14)
Semporna – 12 (11)
Telupid – 12 (12)
Kunak – 11 (15)
Sipitang – 9 (6)
Kudat – 7 (22)
Beaufort – 6 (12)
Tambunan – 2 (12)
Tongod – 2 (14)
Kuala Penyu – 1 (1)
Kalabakan – 1 (3)