140,000 Rakyat Sabah Terima SYUKUR, Penerima di Merotai, Kalabakan Catat Peningkatan

140,000 Rakyat Sabah Terima SYUKUR, Penerima di Merotai, Kalabakan Catat Peningkatan

0
SHARE

KOTA KINABALU: Seramai 140,000 rakyat Sabah menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) pada tahun ini apabila program bantuan bulanan itu memasuki fasa kedua pelaksanaannya, dengan DUN Merotai dan Parlimen Kalabakan turut merekodkan peningkatan jumlah penerima berbanding tahun lalu.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ceasar Mandela Malakun berkata, bagi DUN Merotai, jumlah penerima meningkat daripada 993 Ketua Isi Rumah (KIR) pada 2025 kepada 1,624 KIR tahun ini.

Beliau berkata, bagi Parlimen Kalabakan pula, jumlah penerima bertambah daripada 3,254 KIR pada 2025 kepada 5,263 KIR pada 2026.

Kerajaan Negeri kekal komited untuk memperkukuh pelaksanaan Program SYUKUR serta pelbagai inisiatif di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 sebagai usaha berterusan meningkatkan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merotai, Sarifuddin Hata (Warisan) yang meminta jumlah ketua keluarga miskin menerima bantuan bulanan SYUKUR RM200 di DUN Merotai dan Parlimen Kalabakan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, di sini, semalam.