157 Ekor Lembu Korban Diagih Disekitar Tuaran, Tamparuli

157 Ekor Lembu Korban Diagih Disekitar Tuaran, Tamparuli

0
SHARE

TUARAN: Sebanyak 157 ekor lembu korban diagihkan kepada masjid, surau dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di sekitar kawasan Tuaran dan Tamparuli.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor memberi ucapan menyambut Hari Raya Aidil Adha di Majlis Terbuka, Pusat Bajau Sama di sini, pagi tadi.

Turut menerima sumbangan adalah jabatan dan agensi kerajaan di sekitar kawasan terbabit.

Sumbangan telah diagihkan kepada 67 masjid dan surau, 17 NGO dan 18 agensi serta pejabat kerajaan negeri. 

Antara penerimanya adalah Markas Tentera Kem Lok Kawi, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Surau Darus Salam Kg. Termunong, Masjid Ubudiah di kawasan Tamparuli dan Masjid An-Nur di kawasan Tuaran.

Umat ​​Islam akan menyambut Hari Raya Aidil Adha pada 17 Jun ini.