24 Tahun Sebagai ‘Pelarian’, Bersyukur Sampai Semula Ke Sabah

24 Tahun Sebagai ‘Pelarian’, Bersyukur Sampai Semula Ke Sabah

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Mohd Zulkifli Jefri yang menjadi ‘pelarian’ di Kemboja selepas terkandas di Negara itu selama 24 tahun selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Kepulangan semula Zulkifli daripada Kuala Lumpur disambut ahli keluarga, termasuk bapa saudara dan sepupunya, pada jam11.30 pagi.

Ketika ditemui, Mohd Zulkifli melahirkan rasa bersyukur dan gembira kerana menjejakkan kasi semula ke tanah kelahirannya dan disambut dengan rasa syukur, sedih bercapur gembira oleh ahli keluarga.

“24 tahun bukan masa singkat dan saya pun tak tahu, ia kuasa Allah…yang penting saya sudah sampai ke Sabah.

“Berjumpa dengan semua ahli keluarga adalah perkara saya mahu buat terlebih dahulu termasuk untuk berjumpa dengan anak-anak dan mungkin, esok, saya akan pulang ke Lahad Datu,” katanya.

Terdahulu, Mohd Zulkifli turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat membantunya termasuklah Raja Muda Perlis terhadap pertolongan baginda untuk dia mendapatkan Mykadnya semula.

Mohd Zulifli pulang melalui Bukit Kayu Hitam, Kedah, Mac lalu, sebelum disahkan sebagai rakyat Malaysia dalam semakan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perlis.

Memetik kenyataan Berita Harian, Mohd Zulkifli Jefri, 54, memasuki Kemboja melalui jalan laut pada 1993 untuk bekerja sebagai pembelah kayu dengan sebuah syarikat pembalakan, namun terkandas di wilayah Koh Kong selepas majikannya itu muflis.

Pelbagai usaha dilakukan termasuk mengumpul wang sedikit demi sedikit untuk keluar dari kawasan hutan ke bandar selepas ditinggalkan tanpa dibayar gaji, namun usaha itu menyulitkan apabila segala dokumen peribadi tiada dalam miliknya kerana telah dibawa pulang majikan ke Malaysia.