KOTA KINABALU, SABAH – Seramai 28 pengamal media di negeri ini menyertai Kursus Tiktok Storytelling selama dua hari bermula 30 Julai dan 31 Julai lalu anjuran Malaysian Press Institute (MPI).
Kursus tersebut merupakan kerjasama dengan Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ), Jabatan Penerangan Malaysia dan Sabah Journalists Association (SJA).
Antara pengisiannya ialah pengenalan Penulisan Prompt Al, penghasilan story board Al dan video Al, konten terbaik untuk tiktok, praktis live tiktok, rakaman video pendek dan rakaman video public service announcement (PSA), suntingan video menggunakan capcut, VN Editor dan aplikasi mengikut kemahiran peserta.
Manakala, penceramah yang terlibat ialah Penolong Pengarang/Penerbit Rancangan UtusanTV, Ainol Amriz Ismail juga merupakan Ahli Majlis Pentabir MPI.
Majlis penutupan kursus disempurnakan oleh Ketua Pegawai Penyelaras Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ), Datuk (Datu) Rosmadi Datu Sulai.
Menurut beliau, kursus tersebut bertujuan membantu meningkatkan kecekapan pengamal media dalam menerbitkan berita menggunakan platform media sosial iaitu aplikasi tiktok yang menjadi trend terkini penyampaian berita dalam menarik minat audiens khususnya generasi muda.
Kursus ini juga dikhaskan kepada pengamal media, pegawai-pegawai Jabatan Penerangan Negeri Sabah dan para pegawai kerajaan negeri serta agensi di bawahnya untuk mengintegrasikan TikTok ke dalam strategi pelaporan dan penceritaan. — JABATAN PENERANGAN SABAH