5 ADUN UMNO KECAM TINDAKAN BUNG, ISYTIHAR TERUS SOKONG HAJIJI

5 ADUN UMNO KECAM TINDAKAN BUNG, ISYTIHAR TERUS SOKONG HAJIJI

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Lima orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN Sabah kekal menyatakan sokongan berbelah bahagi kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Perkara terbabit dinyatakan dalam satu kenyataan bersama oleh ADUN Tanjung Keramat, Datuk Shahelmey Yahya, ADUN Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya, ADUN Sugut, Datuk James Ratib, ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob dan ADUN Tempasuk, Datuk Mohd Arsad Bistari.

“Kami melahirkan rasa terkilan dan kesal kerana Sabah dan rakyatnya sekali lagi diheret ke dalam krisis politik oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Bersama-sama rakyat Sabah, kami berpegang teguh dengan kepercayaan bahawa ini bukan masanya untuk merebut kuasa politik.

“Sebaliknya, sudah tiba masanya untuk bersatu agar kerajaan negeri sekarang dan semua pihak dapat terus menumpukan masa, tenaga dan sumber untuk memulih dan memajukan ekonomi negeri serta meningkatkan taraf hidup rakyat,” jelas dalam kenyataan terbabit.

Dalam pada itu, kelima-lima ADUN terbabit menjelaskan mereka membantah tindakan beberapa pihak tertentu terutamanya Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang berusaha menjatuhkan kerajaan negeri Sabah yang sah.

“Sesungguhnya kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan tersebut. Ini kerana tindakan tersebut mencemarkan nama baik parti.

Sepertimana juga aspirasi rakyat Sabah, kami mahukan kestabilan politik yang telah wujud selama ini dikekalkan.

“Kami menolak sebarang percubaan atau tindakan oleh mana-mana pihak yang
ingin menimbulkan kekacauan dan keresahan rakyat.

“Bersama-sama kita berdoa semoga kemelut politik ini segera berakhir agar usaha untuk memakmurkan negeri Sabah,” kata mereka.