GAGAL TADBIR DAN BANTU RAKYAT SABAH, DIA BAGILAH GERAN TANAH UNTUK TUTUP...

GAGAL TADBIR DAN BANTU RAKYAT SABAH, DIA BAGILAH GERAN TANAH UNTUK TUTUP KELEMAHAN

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – “Dia (Shafie) fikir bila bagi kelulusan GERAN kepada penduduk kampung yang terlibat, rakyat mungkin akan lupa DOSA yang dia telah lakukan kepada seluruh rakyat Sabah, dia bermimpi la!!!.

“Berapa ramai lagi rakyat Sabah yang sehingga kini tidak mempunyai apa-apa tanah malahan rumah sendiri untuk berteduh. Ini adalah realiti yang kita kena terima.

“Sepanjang dua tahun Shafie menjadi Ketua Menteri Sabah dan juga beberapa orang Ahli Parlimen Parti Warisan di antaranya Darell Leiking yang turut menjadi Menteri Kanan Persekutuan mengundang satu perkara yang pelik serta pelbagai persoalan rakyat kerana tidak ada satu pun perumahan rakyat telah berjaya dibina di Sabah oleh Shafie.”

“Mujurlah di atas keprihatinan pimpinan kerajaan terdahulu, rumah mampu milik termasuk perumahan PPRT berjaya dibina di beberapa daerah di seluruh Sabah,” demikian antara reaksi daripada rakyat Sabah ketika diminta mengulas tindakan Shafie yang memberikan kelulusan geran tanah kepada beberapa orang penduduk kampung di beberapa daerah di Sabah baru-baru ini.

Kami juga menyambut baik pemberian geran tanah kepada rakyat yang amat memerlukannya, namun dalam masa yang sama kami cukup yakin kelulusan geran tersebut sebenarnya berkemungkinan telah diluluskan melalui program PANTAS oleh kerajaan terdahulu.

Petikan berita online Musa menyerahkan geran kepada 1,000 orang penduduk melalui program PANTAS…
Foto Tan Sri Musa Aman sendiri telah menyerahkan geran berstatus NT kepada seribu (1,000) orang penduduk asal di empat (4) buah perkampungan di Kiulu dan turut disaksikan oleh Madius Tangau dan Joniston Bangkuai (ADUN Kiulu) pada 6 Mac 2018 yang lalu…
Foto Tan Sri Musa Aman sendiri telah menyerahkan geran berstatus NT kepada seribu (1,000) orang penduduk asal di empat (4) buah perkampungan di Kiulu dan turut disaksikan oleh Madius Tangau dan Joniston Bangkuai (ADUN Kiulu) pada 6 Mac 2018 yang lalu…
Foto Tan Sri Musa Aman sendiri telah menyerahkan geran berstatus NT kepada seribu (1,000) orang penduduk asal di empat (4) buah perkampungan di Kiulu dan turut disaksikan oleh Madius Tangau dan Joniston Bangkuai (ADUN Kiulu) pada 6 Mac 2018 yang lalu…

Mutakhir ini turut tular di laman media sosial Facebook sebenarnya kelulusan geran kepada orang kampung sebenarnya telah lama dibuat malahan sebelum Shafie Apdal menjadi Ketua Menteri lagi, kemudian cuba dimanipulasi kononnya Shafie yang luluskan geran tersebut sebagai modal politik murahan mereka.

Komen netizen kekesalan pemberian geran sebenarnya telah dimanipulasi oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik murahan Shafie Apdal…
Komen netizen kekesalan pemberian geran sebenarnya telah dimanipulasi oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik murahan Shafie Apdal…

“Kami ingin ingatkan Shafie, rakyat Sabah sama sekali tidak akan lupa bagaimana layanan Shafie kepada rakyat Sabah semasa perlaksanaan PKP di kuatkuasakan tempoh hari.”

“Masih segar dalam ingatan kami, Shafie sendiri telah berjanji, rakyat Sabah tidak perlu keluar rumah sepanjang PKP dikuatkuasakan kononnya bantuan makanan akan dihantar terus ke hadapan rumah mereka yang memerlukannya, malangnya ini semua JANJI PALSU dan akan terus diingati sehingga akhir hayat kami.”

Shafie pada 25 Mac memberikan jaminan rakyat tidak perlu keluar rumah, sebaliknya barang akan dihantar terus ke hadapan pintu rumah walaubagaimanapun perkara ini dinafikan oleh sebilangan besar rakyat Sabah…(Foto kenyataan Shafie dipetik di portal media tempatan)

“Mujurlah atas keprihatinan Perdana Menteri Malaysia berikan kami wang tunai sebanyak RM1,600, anak kami RM8,00 malahan mereka yang ada lesen berniaga diberikan pula wang sehingga RM3,000, ini sedikit sebanyak dapat membantu kami membeli barangan keperluan makanan.”

“Tindakan Pedana Menteri memberikan penangguhan bayaran ansuran kereta bulanan sehingga enam bulan juga amat membantu kami.”

“Kalau harapkan Shafie Apdal, alamat mati kebuluran la kami…

Dalam pada itu, rakyat Sabah yang hanya dikenali sebagai Abdullah dan Puan Aleeza pula berkata, “bantuan yang diberikan oleh kerajaan Sabah kepada rakyat Sabah sebelum ini pun berpilih, malahan barang makanan dalam bakul kononnya nilainya RM100 tetapi yang diterima hanya bernilai RM40 hingga RM50 sahaja.”

rakyat Sabah turut mempertikaikan harga barang makanan yang diumumkan sepatutnya bernilai RM100 jelas telah dikurangkan dan hanya bernilai kurang dari RM50…

“Bantuan wang RM300 yang dijanjikan bukan sahaja kepada rakyat Sabah, malahan anak Sabah yang berada di Semenanjung Malaysia juga GAGAL diberikan oleh Shafie. Sebaliknya untuk menutup kelemahan, dia (Shafie) hanya minta maaf kepada rakyat Sabah.”

Shafie memohon maaf gagal menyalurkan bantuan Covid-19 kepada rakyat Sabah (Foto ihsan portal media tempatan)

Sepanjang Shafie menjawat Ketua Menteri Sabah, KDNK Sabah juga telah jauh menurun dan masalah pengangguran juga semakin bertambah.

Data rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Rekod pentadbiran ekonomi Sabah dibawah pentadbiran Datuk Seri Shafie Apdal berjaya menjunamkan kadar pertumbuhan KDNK Sabah dari 8.2% (paling tertinggi diantara semua negeri) pada tahun 2017 ke 1.5% (paling rendah antara semua negeri) pada tahun 2018 dan turun lagi ke 0.5% (paling rendah antara semua negeri) pada tahun 2019. (Sumber foto dipetik daripada laman media sosial rasmi Fb Najib Razak)

Sebelum ini mahasiswa yang masih menganggur di Sabah mempunyai sumber pendapatan apabila mereka ditawarkan mengikuti program SL1M dengan elaun bulanan sebanyak RM2,000 malangnya selepas Kerajaan PH memerintah program ini turut dimansuhkan.

Elaun peseta SL1M sebulan RM2,000 malangnya telah dimansuhkan oleh Kerajaan PH+Warisan sehingga menyebabkan semakin ramai mahasiswa menganggur…

“Janji Shafie sebelum ini kononnya pelabur China akan datang ke Sabah melabur membawa puluhan billion ringgit sekaligus akan memberikan peluang kepada ribuan anak Sabah untuk bekerja. Harus diingat juga bahawa pengumuman pertama yang dilakukan oleh Shafie ialah pada 28 Sept 2018, namun sehingga bulan ogos 2020 satu batang tiang kilang dari Syarikat China belum ada terpacak di Sabah, ini adalah jelas PENIPUAN yang tidak boleh lagi dimaafkan oleh rakyat Sabah.”

Kenyataam Shafie pada 28 Sept 2018 yang menyatakan pelabur China akan melabur RM2 bilion di Sabah dengan menawarkan 3,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, sehingga kini selepas 2 tahun janji Shafie hanya tinggal janji…(Sumber foto dipetik daripada Bernama, FMT dan portal berita tempatan)
Kenyataam Shafie pada 28 Sept 2018 yang menyatakan pelabur China akan melabur RM2 bilion di Sabah dengan menawarkan 3,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, sehingga kini selepas 2 tahun janji Shafie hanya tinggal janji…(Sumber foto dipetik daripada Bernama, FMT dan portal berita tempatan)

“Oleh sebab itu apabila rakyat Sabah memberikan jolokan panggilan nama Shafie Apdal “BAPA PENGUMUMAN SABAH” kami amat bersetuju dengan gelaran tersebut,” Abdullah dan Aleeza berkata lagi.