TUARAN, SABAH – Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berhadapan saingan tiga (3) penjuru untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ke-16 ini.
Hajiji, 65, yang mewakili Perikatan Nasional (PN), merupakan penyandang kerusi DUN Sulaman sejak tahun 1990, akan dicabar calon Warisan Plus Datuk Aliasgar@Ali Ashgar Basri dan calon Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Rekan Hussien, 64.
Menurut sumber daripada Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya DUN N12 Sulaman, Mohd Sofian Alfian Nair berkata Rekan merupakan calon pertama yang mengemukakan kertas penamaan calon iaitu pada jam 9.05 pagi di Dewan Seri Sulaman di sini, hari ini dan seterusnya diikuti oleh Hajiji dan Aliasgar.








