PRN16 Sabah: 5 Penjuru Persaingan Di DUN Baharu Putatan, N.24 Tanjung Keramat

PRN16 Sabah: 5 Penjuru Persaingan Di DUN Baharu Putatan, N.24 Tanjung Keramat

0
SHARE

PUTATAN, SABAH – Proses Penamaan Calon di DUN Tanjung Keramat (N.24) menyaksikan calon Barisan Nasional (BN) dari UMNO, Shahelmey Yahya bakal bersaing lima (5) penjuru dengan calon Parti AMANAH (Warisan Plus), USNO, Parti Cinta Sabah (PCS) dan Parti Liberal Demokratik (LDP) di DUN baharu itu.

Calon Barisan Nasional (BN) dari UMNO, Shahelmey Yahya tiba di lokasi Penamaan Calon lebih kurang jam 8.24 pagi…

Calon Parti AMANAH, Rosdy Wasli yang bakal menggunakan logo Warisan adalah satu-satunya calon AMANAH di Sabah, manakala USNO diwakili oleh Mohd Salleh Bin Lamsin, Parti Cinta Sabah (PCS) diwakili oleh Ira Elza Binti Uzair dan Parti Liberal Demokratik (LDP) diwakili oleh Faezahwaty Abdul Mohamed Ibnu.

Calon USNO, Mohd Salleh Bin Lamsin tiba awal di Dewan PPR Taman Sri Keramat lebih kurang jam 8.11 pagi…
Calon Parti Liberal Demokratik (LDP), Faezahwaty Abdul Mohamed Ibnu diiringgi oleh Pihak Pencadang dan Penyokong beserta peguamnya…

Rosdy pagi tadi telah diiringi oleh Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung Datuk Dr Hatta Ramli, Pengarah Komunikasi Khalid Samad, Pengarah Strategi Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan juga Faiz Fadzil.

Rosdy pagi tadi telah diiringi oleh Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung Datuk Dr Hatta Ramli, Pengarah Komunikasi Khalid Samad, Pengarah Strategi Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad…

Untuk rekod, DUN Tanjung Keramat (N.24) adalah DUN yang baharu di wujudkan di dalam kawasan Parlimen Putatan selepas persempadanan baharu dan pertambahan kerusi DUN Sabah diluluskan. Sebelum ini hanya ada dua (2) DUN di dalam kawasan Parlimen Putatan iaitu DUN Petagas dan DUN Tanjung Aru.