PPM Berjaya Tangkap Pengebom Ikan Di Perairan Big Bonanza Reef

PPM Berjaya Tangkap Pengebom Ikan Di Perairan Big Bonanza Reef

0
SHARE

KUDAT, SABAH – Pasukan Polis Marin (PPM) berjaya menahan sebuah kapal nelayan dipercayai melakukan aktiviti mengebom ikan di Perairan Big Bonanza Reef, 45 km barat laut Simpang Mengayau, Kudat pada jam 1.30 pagi kemarin.

ASP Ridzauddin Selamat, Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin Kudat berkata, semasa bot ronda PPM Kudat menjalankan rondaan dikawasan tersebut mendapati sebuah bot yang mencurigakan dan cuba melarikan diri ke kawasan cetek setelah menyedari kehadiran polis.

“Walau bagaimanapun, seorang juragan berumur 53 tahun beserta 5 krew lelaki dewasa berumur antara 19 hingga 32 tahun berjaya ditahan,” katanya.

Hasil pemeriksaan dalam ruang kapal tersebut menemukan peralatan yang dipercayai digunakan untuk mengebom ikan di antaranya 9 botol minuman yang dipercayai mengandungi Ammonium Nitrat, 19 unit fius peledak, 1 karung berisi ammonium nitrat dan ikan pelbagai jenis seberat lebih kurang 10 kilogram juga turut dirampas.

“Nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM87,415.00…

“Tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Kudat untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957,” kata Ridzauddin.

Pasukan Polis Marin sentiasa menggalakkan masyarakat persisir pantai untuk menyalurkan apa-apa maklumat melalui aplikasi WhatsApp Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah di talian 013-2831197 bagi memastikan keselamatan dan kemakmuran setempat terjaga dan terkawal.