Gangguan Bekalan Di KKIA Bukan Disebabkan Oleh SESB

Gangguan Bekalan Di KKIA Bukan Disebabkan Oleh SESB

0
SHARE
KKIA
Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) - ( Sumber Foto: Gambar carian Google )

KOTA KINABALU, SABAH – Gangguan bekalan elektrik yang berlaku di Lapangan Terbangan Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada malam Selasa adalah disebabkan masalah teknikal dalaman pihak KKIA.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Sabah Electrcity Sdn Bhd (SESB), Ir. Idris Mohd Noor berkata, tiada sebarang masalah atau gangguan pada sistem bekalan elektrik dari pencawang elektrik milik SESB yang membekalkan elektrik ke KKIA pada hari kejadian.

“SESB menerima aduan mengenai gangguan bekalan yang berlaku pada jam 9.38 malam dan pemeriksaan segera mendapati punca bekalan elektrik di Pencawang Pembahagian Utama KKIA adalah normal.

“Pengesahan telah dibuat dengan pihak Pengurusan Bangunan KKIA.

“Dimaklumkan bahawa kerosakan adalah berpunca dari kerosakan pendawaian dalaman bangunan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.