Pengurusan Trafik Laluan Tebobon–Tuaran–Tamparuli Perlu Diperkemas – Steve

Pengurusan Trafik Laluan Tebobon–Tuaran–Tamparuli Perlu Diperkemas – Steve

0
SHARE

KOTA KINABALU: Pihak berkaitan dan kontraktor projek naik taraf jalan serta jambatan di laluan Tebobon–Tuaran–Tamparuli digesa mempertingkat pengurusan trafik bagi mengurangkan gangguan kepada pengguna.

Timbalan Presiden Kelab Komuniti Sayang Sabah, Steve Johnny Mositun berkata kelewatan perjalanan ketika pembinaan kini menjejaskan produktiviti pekerja, pelajar, peniaga serta sektor logistik dan pelancongan.

Kami menggesa langkah proaktif diambil bagi meminimumkan gangguan, dengan kesejahteraan dan keselamatan pengguna jalan raya sebagai keutamaan,” katanya.

Beliau berkata keberkesanan projek bukan hanya dinilai melalui hasil akhir, tetapi juga keupayaan mengurus trafik dan mematuhi standard keselamatan sepanjang pelaksanaan.

Antara cadangan dikemukakan termasuk memperkemas kawalan trafik, meningkatkan ketelusan maklumat projek, serta memastikan pematuhan keselamatan tapak.

Menurutnya, projek itu dijangka memberi manfaat besar termasuk mengurangkan kesesakan dan memperkukuh ekonomi setempat.

Steve turut menggesa pengguna jalan raya bersabar dan mematuhi arahan keselamatan sepanjang tempoh pembinaan.