POLIS BURU REMAJA PEREMPUAN MERANGKAK KELUAR PAGAR DURI DI KAWASAN PKPD

POLIS BURU REMAJA PEREMPUAN MERANGKAK KELUAR PAGAR DURI DI KAWASAN PKPD

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Polis sedang memburu seorang remaja perempuan yang merangkak keluar melalui pagar kawat duri di Bandaran Berjaya berdekatan pusat bandar.

Kawasan itu baru-baru ini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sehingga 25 Julai.

Kejadian 8.30 malam Isnin itu pada mulanya tular di aplikasi laman sosial TikTok dan telah mencapai 17,500 “Like” dengan lebih 2000 komen daripada pengguna.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata pihaknya sedang mengesan wanita itu dan mengalukan orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan.

Datuk Hazani Ghazali…

Beliau menasihati penduduk yang berada dalam kawasan yang dilaksanakan PKPD untuk terus mematuhi undang-undang yang ditetapkan.

“Ia bukan saja membahayakan diri masing-masing tetapi juga boleh dikenakan tindakan tegas kerana melakukan kesalahan melanggar perintah,” katanya.

Dalam video durasi 31 saat itu si perakam, @yayan94, juga boleh didengar berkata “PKPD bukan tiada bantuan diberi”.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Difahamkan, sebelum rakaman dibuat, lelaki itu turut menjerit bagi menasihati wanita itu supaya jangan keluar.