EBIT LEW REDA PEMERGIAN ALLAHYARHAM BAPA

EBIT LEW REDA PEMERGIAN ALLAHYARHAM BAPA

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Bapa kepada pendakwah bebas Islam, Ebit Lew, Ibrahim Lew dilaporkan meninggal dunia di Hospital Gleanagle, sebentar tadi.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook miliknya, Ebit berkata, jenazah bapanya masih berada di Hospital Gleneagles dan akan di bawa ke Masjid Bandar Baru Ampang untuk dimandi dan dikafankan.

Menurut Ebit, dia reda dengan pemergian Allahyarham tercinta dan mendoakan kesejahteraannya.

“Innalillahiwainnailaihirajiun. Bapa saya yang tercinta baru sahaja meninggal dunia. Ya Allah beratnya rasa ujian ini. I love you bapa…

“Bapa pergi dulu. Nanti Ebit ‘sampai’ ya. Ya Allah ampunilah bapa. Sayangilah beliau, rahmatilah beliau, hadiahkan syurga Firdaus untuk beliau.

“Ya Allah temukanlah bapa dengan mak dekat sana. Letakkanlah mereka bersama. Ya Allah,inilah ayahku yang sangat baik. Terima kasih pinjamkan dirinya untukku,” katanya dalam satu kiriman di Facebooknya petang ini.

Pada masa sama, Ebit meminta orang ramai berdoa kepada jenazah bapanya dan menyedekahkan Al-Fatihah buat arwah.

Rata-rata pengguna media sosial mengucapkan takziah kepada beliau dan mendoakan Allahyarham untuk ditempatkan bersama golongan beriman.