PRN16 Sabah: Coretan Dan Cerita PRN Kali Ini Berbeza Dengan Sebelumnya

PRN16 Sabah: Coretan Dan Cerita PRN Kali Ini Berbeza Dengan Sebelumnya

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ke-16 dimulakan dengan pelbagai coretan dan cerita di hari Penamaan Calon hari ini (12 Sept).

Pihak wartawan Sabah News hari ini jelas melihat keadaan yang sangat ‘suram’ dan ‘sunyi’ di kebanyakan tempat proses Penamaan Calon, sangat jauh berbeza dengan keadaan Pilihan Raya yang telah diadakan sebelum ini.

SOP ketat di lokasi Penamaan Calon DUN Petagas (N.23) di Dewan Sri Putatan…
SOP ketat di lokasi Penamaan Calon DUN Petagas (N.23) di Dewan Sri Putatan…
SOP ketat di lokasi Penamaan Calon DUN Tanjung Keramat (N.24) di Taman PPR Sri Keramat, Putatan…
SOP ketat di lokasi Penamaan Calon DUN Kapayan (N.25) di Pusat Kebudayaan Sabah, Penampang…
SOP ketat di lokasi Penamaan Calon DUN Moyog (N.26) di Mahkamah Anak Negeri Penampang…

Hal ini disebabkan oleh SOP ketat yang telah dilakukan oleh pihak Polis di mana negara masih lagi melalui proses Perlaksanaan Perintah Kawalan Pemulihan (PKPP) dalam membendung penularan wabak COVID-19 yang masih lagi melanda negara terutamanya negeri Sabah yang mencatat jumlah kes baharu COVID-19 tertinggi baru-baru ini.

Pihak polis telah menetapkan bahawa hanya tiga (3) orang sahaja dibenarkan masuk ke tempat kawasan penamaan calon iaitu CALON, PENCADANG dan PENYOKONG. Para penyokong-penyokong parti pula di tidak benarkan berarak mengiringi calon ke pusat penamaan dan para penyokong hanya dibenarkan berada 50 meter dari pusat penamaan calon, dengan jumlah yang tidak terlalu ramai.

Hasil tinjauan beberapa tempat dari pihak Sabah News juga menunjukkan persaingan calon di satu-satu DUN bertambah dari 3 penjuru sehinggalah kepada pertembungan 8 penjuru yang mana tidak ada kelihatan DUN yang bersaing 1 lawan 1 kali ini.

Di DUN Sulaman (N.12), Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berhadapan saingan tiga (3) penjuru untuk mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum (PRU14) yang lalu.

Penghantaran borang Penamaan Calon seterunsya ialah Calon Parti Cinta Sabah (PCS) iaitu Datuk Rekan Hussien…
Penghantaran borang Penamaan Calon seterunsya ialah Calon Warisan Plus iaitu Datuk Aliasgar@Ali Ashgar Basri…

Hajiji, 65, yang mewakili Perikatan Nasional (PN), merupakan penyandang kerusi DUN Sulaman sejak tahun 1990, akan dicabar calon Warisan Plus Datuk Aliasgar@Ali Ashgar Basri dan calon Parti Cinta Sabah (PCS), Datuk Rekan Hussien, 64.

Para penyokong Hajiji yang hadir mengibarkan bendera Perikatan Nasional sebagai tanda sokongan kepada beliau…

Pada masa yang sama, Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Datuk Seri Anifah Aman turut berdepan pertandingan empat (4) penjuru bagi merebut kerusi DUN Bongawan (N.30) pada PRN kali ini.

Bekas menteri luar itu dicabar penyandang kerusi DUN Bongawan Dr Daud Yusof dari Parti Warisan Sabah (Warisan) selain Ag Syairin dari Barisan Nasional (BN) dan Mohd Azree Abd Ghani dari Parti Liberal Demokratik (LDP).

Presiden dan calon Parti Cinta Sabah (PCS) DUN Bongawan (N.30) Datuk Seri Anifah Aman tiba di lokasi penamaan calon di Dewan SMK Bongawan pagi tadi…

Sementara itu, bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang mewakili BN, akan bertanding di kerusi DUN Usukan (N.10). Beliau akan bersaing hebat dengan dua (2) pencabar lain iaitu Abdul Bahkrin Mohd Yusof (Warisan) serta calon PCS, Datu Mohd Nazaruddin Datu Tigabelas.

Calon DUN Usukan (N.10), Datuk Seri Dr Salleh Keruak ditemani Ds Reezal Merican Naina Merican pada hari Penamaan Calon pagi tadi di Dewan Tun Said Kota Belud, Sabah…

Dalam pada itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang dalam misi mempertahan kerusinya di DUN Senallang (N.65) pada PRN kali ke-16 ini berdepan empat (4) lawan, yang mana dikhabarkan termasuk anak buahnya sendiri yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN).

Situasi ini berbeza sama sekali dengan situasi semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang mana menyaksikan pertembungan satu lawan satu bagi merebut kerusi DUN berkenaan antara Mohd Shafie dengan sepupunya Datuk Seri Nasir Tun Sakaran, calon Barisan Nasional (BN) ketika itu.

Pertembungan empat (4) penjuru di DUN Senallang (N.65) pada PRN kali ke-16 ini…

Shafie, Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu berdepan calon Perikatan Nasional (PN) Norazman Utoh Nain, yang juga anak buahnya, serta D Pg Ahmad Datu Ali Alam (Parti Perpaduan Rakyat Sabah)  Mohammad Ramzan Abdul Wahab (USNO) dan Madjalis Lais (Parti Cinta Sabah).

Pihak wartawan Sabah News turut meninjau di kawasan penamaan calon di DUN Tanjung Keramat, di mana DUN ini baharu di wujudkan di dalam kawasan Parlimen Putatan selepas persempadanan baharu dan pertambahan kerusi DUN Sabah diluluskan. Sebelum ini hanya ada dua (2) DUN di dalam kawasan Parlimen Putatan iaitu DUN Petagas dan DUN Tanjung Aru.

Di DUN Tanjung Keramat (N.24) ini, calon muda Barisan Nasional (BN) dari UMNO, Shahelmey Yahya bakal bersaing lima (5) penjuru dengan satu-satunya calon Parti AMANAH (Warisan Plus); Rosdy Wasli yang bakal menggunakan logo Warisan selain daripada USNO diwakili oleh Mohd Salleh Bin Lamsin, Parti Cinta Sabah (PCS) diwakili oleh Ira Elza Binti Uzair dan Parti Liberal Demokratik (LDP) diwakili oleh Faezahwaty Abdul Mohamed Ibnu.

Calon Barisan Nasional (BN) dari UMNO, Shahelmey Yahya tiba di lokasi Penamaan Calon lebih kurang jam 8.24 pagi…

Rosdy pagi tadi telah diiringi oleh Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub, Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar, Setiausaha Agung Datuk Dr Hatta Ramli, Pengarah Komunikasi Khalid Samad, Pengarah Strategi Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad…

Calon Parti Liberal Demokratik (LDP), Faezahwaty Abdul Mohamed Ibnu diiringgi oleh Pihak Pencadang dan Penyokong beserta peguamnya…

CAlon USNO, Mohd Salleh Bin Lamsin tiba awal di Dewan PPR Taman Sri Keramat lebih kurang jam 8.11 pagi…

PRN Sabah kali ke-16 ini bakal menyaksikan 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertanding dengan 13 kerusi baharu (Bengkoka, Bandau, Pintasan, Pantai Dalit, Darau, Tanjung Keramat, Limbahau, Tulid, Telupid, Sungai Manila, Lamag, Segama dan Kukusan) hasil persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 26 September sebagai tarikh pengundian manakala pengundian awal pada 22 September.

PRN Sabah diadakan susulan pembubaran DUN yang diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada 30 Julai lalu, sehari selepas bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman mendakwa beliau mempunyai cukup majoriti untuk mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri.