KOTA KINABALU, SABAH – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima dan mengesahkan sebanyak 447 KERTAS PENAMAAN yang layak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ke-16 ini.
PRN kali ini menyaksikan beberapa pertandingan penjuru yang pelbagai di seluruh Sabah seperti berikut;
- Perlawanan 3 Penjuru – Bilangan DUN telibat 3
- Perlawanan 4 Penjuru – Bilangan DUN telibat 5
- Perlawanan 5 Penjuru – Bilangan DUN telibat 15
- Perlawanan 6 Penjuru – Bilangan DUN telibat 26
- Perlawanan 7 Penjuru – Bilangan DUN telibat 13
- Perlawanan 8 Penjuru – Bilangan DUN telibat 6
- Perlawanan 9 Penjuru – Bilangan DUN telibat 3
- Perlawanan 10 Penjuru – Bilangan DUN telibat 1 (DUN N.18 Inanam)
- Perlawanan 11 Penjuru – Bilangan DUN telibat 1 (DUN N.02 Bengkoka)
Berikut merupakan infografik Senarai Penuh Nama Calon pada PRN Sabah Kali Ke-16;
SPR dalam satu kenyataan turut mengingatkan bahawa tempoh rasmi berkempen untuk semua Calon terlibat bermula semalam (12 September 2020) iaitu selepas tamat proses penamaan calon sehingga jam 11.59 malam 25 September 2020.
Tarikh membuang undi adalah pada 26 September 2020.