PENAMPANG, SABAH – Datuk Jahid Jahim dilantik sebagai pemangku Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) selepas parti tempatan itu melakukan penstrukturan semula barisan kepimpinannya.
Presiden PBS, Datuk Seri Maximus Ongkili, berkata perlantikan di bawah kuota Bumiputera Muslim itu bagi memperkukuhkan sokongan daripada komuniti itu selain meningkatkan sokongan sedia ada.

“Ia juga sebagai bukti PBS mendengar permintaan penyokong pelbagai kaum yang mahu parti ini meremajakan barisan kepimpinannya,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.
Penstrukturan itu juga menyaksikan Ketua Penerangan, Datuk Joniston Bangkuai telah dilantik sebagai Setiausaha Agung bagi menggantikan Jahid manakala, Penolong Setiausaha Agung, Datuk Julita Majungki kini memegang jawatan Ketua Penerangan.





