KOTA KINABALU, SABAH – Pihak polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Kinabalu hari ini mula bergerak menyampaikan bantuan bakul makanan kepada 300 keluarga sasar dalam daerah ini.
Program ‘Op Bantu’ di bawah penyaluran Kementerian Dalam Negeri itu dilaksanakan secara serentak seluruh negara kata Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu. ACP Zaidi Abdullah.
“Program ini bertujuan untuk membantu keluarga yang terjejas punca pendapatan ekoran pandemik COVID-19,” katanya.
Beliau ditemu ramah di Balai Raya Kampung Tanjung Aru Baru tengah hari tadi di mana program bermula dengan menjangkau 20 ahli keluarga.
Antara penerima berkenaan juga merupakan mangsa kebakaran Kampung Tanjung Aru Baru pada Selasa.
Empat daripada penerima ketika ini berteduh di Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Dewan Sembulan.
“Bakul makanan yang selebihnya akan di agihkan dari semasa ke semasa,” tambah beliau.





