Caj RM1 Transaksi ATM Akan Dikenakan Semula Bermula Esok

Caj RM1 Transaksi ATM Akan Dikenakan Semula Bermula Esok

0
SHARE

PETALING JAYA, SELANGOR – Bermula esok, orang ramai kini perlu membayar caj transaksi pengeluaran sebanyak RM1 menerusi mesin pengeluaran wang automatic (ATM) selepas 21 bulan diberikan pengecualian sistem MEPS.

Perkara tersebut telah pun diumumkan oleh beberapa bank seperti  Citibank, CIMB Bank, Maybank, dan RHB Bank melalui platform media sosial mereka sejak bulan Disember tahun lalu.

Menurut laporan Kosmo, sebelum ini Maybank telah mengumumkan perkara tersebut di mana caj transaksi pengeluaran tunai diantara bank di ATM akan dilaksanakan semula.

Bagaimanapun, pengguna masih boleh mengeluarkan wang tunai tanpa caj di ATM Maybank Selain itu, CIMB juga mengumumkan perkara yang sama.

Sementara itu, pengumuman tersebut juga mendapatkan pelbagai reaksi orang ramai di sosial media.

“Kerajaan perlu mansuh sahaja caj RM1, banyak cara bank boleh fikirkan untuk dapat keuntungan setiap tahun,” kata Safi Zal…

“Kalau kerajaan boleh kaji untuk tiada caj, kami sebagai rakyat, sangat berterima kasih,” kata Kiki Sari.

Terdahulu, Kerajaan telah memperkenalkan pengecualian caj pada system MEPS pada 6 April 2020.

Ianya bagi meringankan beban orang ramai untuk mengeluarkan wang tunai daripada ATM yang mempunyai system MEPS semasa perintah kawalan pergerakan.