DBKK Buka Semula 5 Kawasan Beriadah Bermula Hari Ini (23 Okt)

DBKK Buka Semula 5 Kawasan Beriadah Bermula Hari Ini (23 Okt)

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) membuka semula LIMA (5) kawasan beriadah bermula hari ini (Sabtu).

Kawasan ini termasuklah Taman Awam Teluk Likas, Cycleway Phase 3 (berhampiran Menara Kinabalu), Taman Awam Tanjung Aru 1, Taman Tugu Peringatan Petagas dan Taman Awam Tun Fuad Stephens.

Mayor Bandaraya, Datuk Noorliza Awang Alip berkata, hanya individu yang lengkap divaksin sahaja dibernarkan masuk dengan amalam penjarakan dua (2) meter.

Selain itu, pengunjung harus mengimbas ‘QR Code’ pada aplikasi MySejahtera yang disediakan di setiap laluan masuk kawasan tersebut.

“Aktiviti yang dibernarkan hanyalah joging, berbasikal di Taman Teluk Awam Likas dan Cycleway Phase 3…

Datuk Bandar (Mayor) Kota Kinabalu, Datuk Noorliza Awang Alip…

“Senamrobik dan Zumba secara berkumpulan turut dibernarkan namun tidak melebihi 30 orang dalam satu masa dengan mematuhi penjarakan,” katanya dalam sebuah kenyataan malam tadi.

Namun, laluan mendaki, ataupun ‘hiking’ di Taman Tun Fuad Stephens ditutup buat sementara waktu.

“Ini memandangkan masih terdapat risiko tanah runtuh dan pokok tumbang di sepanjang laluan,” katanya.