Ibu Bapa Saman Anak Perempuan Selepas Enggan Belikan Adik Pangsapuri

Ibu Bapa Saman Anak Perempuan Selepas Enggan Belikan Adik Pangsapuri

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

GUANGZHOU, CHINA Selepas seorang wanita di China enggan membelikan pangsapuri untuk adik lelakinya, ibu bapanya dilaporkan bertindak menyamannya RM322,836 (500,000 yuan) sebagai nafkah ibu bapa.

Lebih menyakitkan hati wanita bernama Zhang itu, dia yang kini berusia 29 tahun ditinggalkan ibu bapa kandungnya ketika berumur 2 tahun dan tidak lagi mempunyai sebarang hubungan dengan mereka.

Dia dilaporkan ditinggalkan oleh ibu bapa kandungnya kerana tidak mampu menampungnya dari segi kewangan dan mereka juga jarang menghubunginya sepanjang hidupnya.

Zhang dibesarkan oleh kakak bapanya dan dia menganggap keluarga ibu saudaranya itu sebagai keluarga kandungnya.

Apabila ibu bapanya mendapat tahu bahawa Zhang baru-baru ini menggunakan wang simpanannya untuk membeli sebuah pangspuri untuk sepupunya, ibu bapa kandungnya muncul semula dalam hidupnya dan dilaporkan menuntut dia membelikan sebuah pangspuri untuk adik kandungnya juga.

Apabila Zhang enggan membelinya, ibu bapanya bertindak memfailkan saman terhadapnya.

Mahkamah memutuskan walaupun Zhang tidak bertanggungjawab membeli pangsapuri untuk adiknya, namun dia mesti berunding tentang jumlah tersebut dengan ibu bapanya dan membayar nafkah hidup mereka.

Menurut Reddit, di bawah Undang-Undang Sivil China, anak-anak yang sudah dewasa mempunyai kewajipan undang-undang memberi nafkah terhadap ibu bapa walaupun mereka pernah diabai, ditinggalkan atau dijaga oleh orang lain.