GRS TIDAK AKAN MENJADI SEBAHAGIAN MANA-MANA “LANGKAH”

GRS TIDAK AKAN MENJADI SEBAHAGIAN MANA-MANA “LANGKAH”

0
SHARE
Hajiji
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor ( Sumber Foto: Ihsan JKM Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak akan sekali-kali mengambil bahagian dalam sebarang usaha untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan di Persekutuan sekarang.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata perkara terbabit akan membawa kepada huru-hara dan menjejaskan kestabilan negara.

“Kita mempunyai merajaan Persekutuan yang berfungsi dan mempunyai hubungan baik dengan kerajaan negeri kita, kenapa perlu goyah? ” katanya menerusi satu kenyataan media.

Hajiji Noor yang juga merupakan Pengerusi GRS turut mempersoalkan motif dan niat mereka yang digelar “Langkah Dubai” sama ada ia semata-mata untuk memenuhi agenda politik mereka sendiri tanpa mengambil kira kesejahteraan rakyat.

“Kami bekerja untuk kemakmuran negara dan rakyat, kami tidak menyokong sebarang tindakan yang akan meruntuhkan negara.

“Malaysia mengamalkan demokrasi, mereka yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri hanya perlu menunggu Pilihan Raya Umum (PRU) untuk melihat sama ada rakyat menerimanya,” katanya.

Hajiji berkata GRS menyokong penuh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pihaknya yakin dengan kepimpinan beliau.

“Biarkan dia memimpin negara kita yang berbilang kaum menuju kemakmuran,” katanya.