PPM Tahan Nelayan Gunakan Syabu Untuk Kelangsungan Kerja

PPM Tahan Nelayan Gunakan Syabu Untuk Kelangsungan Kerja

0
SHARE

LAHAD DATU, SABAH – Seorang nelayan yang menggunakan syabu untuk melangsungkan kerjanya ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) di kawasan perairan laut utara Pulau Tabawan, di sini kelamrin.

Lelaki 55 tahun itu ditahan bersama 0.11 gram dadah berkenaan selepas bot lajunya yang “bergerak dalam keadaan mencurigakan” diperiksa anggota PPM pada jam 1 petang.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Lahad Datu, Superintendan Gan Ping Sin berkata pasukannya turut menemukan beberapa kerajang aluminium pada bot tersebut.

“Suspek dan barang rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Lahad Datu untuk tindakan selanjutnya dan kemudiannya diserahkan kepada bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu…

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM3,000 termasuk unt enjin sangkut 15hp manakala kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Gan berkata, PPM Wilayah 4 Sabah mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang negara.

“Maklumat boleh disalurkan dengan menggunakan aplikasi Whatsapp Pusat Komunikasi PPM Wilayah 4 Sabah di talian 0139391197,” katanya.