KM HAJIJI AKAN BENTANG BELANJAWAN SABAH 2022 ESOK

KM HAJIJI AKAN BENTANG BELANJAWAN SABAH 2022 ESOK

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor yang juga Menteri Kewangan Negeri akan membentangkan Bajet Sabah 2022 (Belanjawan Sabah 2022) esok (Jumaat).

Beliau telah menerima Teks Ucapan Belanjawan Negeri Tahun 2022 daripada Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri (MOF), Datuk Haji Rusdin Riman di pejabatnya di Kementerian Kewangan Sabah, Menara Kinabalu, hari ini.

Hajiji akan membentang Belanjawan Negeri Sabah Tahun 2022 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.

Turut hadir dalam sesi ringkat penyampaian teks ucapan ialah Menteri Kewangan ke-II, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Pembantu Menteri Kewangan Negeri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan Encik Jasnih Daya, Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Negeri, YB Fairuz Renddan dan pegawai-pegawai kanan MOF.