Pasukan MOSAR Bawa Turun Wanita Gastrik Ketika Mendaki Gunung Kinabalu

Pasukan MOSAR Bawa Turun Wanita Gastrik Ketika Mendaki Gunung Kinabalu

0
SHARE

RANAU, SABAH – Seorang wanita yang mengalami serangan penyakit gastrik semasa cuba mendaki Gunung Kinabalu terpaksa diusung turun oleh Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR).

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan panggilan kecemasan itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Ranau pada 7.30 pagi tadi.

“Pasukan Mosar seramai lima (5) orang bergegas ke lokasi pada Km 3.3 laluan Mempening menuju ke puncak dan memberi rawatan awal kepada mangsa…

“Seterusnya beliau dibawa turun ke Timpohon Gate dengan menggunakan pengusung bersama malim dan seorang pekerja Taman berkenaan,” katanya.

Mangsa 45 tahun itu dihantar ke Hospital menggunakan jentera EMRS bagi mendapatkan rawatan selanjutnya manakala operasi ditamatkan pada jam 1.40 tengah hari.