Sabah Catat 2,163 Kes Hari Ini, Saringan Kontak Rapat Masih Jadi Penyumbang...

Sabah Catat 2,163 Kes Hari Ini, Saringan Kontak Rapat Masih Jadi Penyumbang Utama Kes Harian

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sekadar berlaku sedikit penurunan angka kes baharu positif COVID-19 hari ini di Sabah dengan 2,163 KES berbanding 2,246 kelmarin (10 Sept).

Walaupun terdapat penurunan kes yang banyak di beberapa daerah, tetapi turut berlaku kenaikan kes di daerah yang lainnya.

Menurut Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, daerah Kota Kinabalu naik mendadak pada hari ini daripada 302 kelmarin kepada 449.

“Kenaikan kes ini berpunca daripada 134 kes baharu di kalangan tahanan di Depo Imigresen Kota Kinabalu. Terdapat 153 kes melibatkan OKT diseluruh negeri Sabah hari ini…

“Di Kota Marudu, kes bertambah 108 hari ini dpd 47 kelmarin kepada 155. Daerah Ranau naik 57 kes dpd 28 kepada 85 hari ini, Kalabakan juga menambah 56 dan Putatan +35.

“Tetapi Kinabatangan turun 94 kes daripada 112 kepada 18 kes sahaja hari ini. Lahad Datu, Tuaran & Kota Belud juga turun,” kata Masidi.

Datuk Masidi Manjun…

Daripada 2163 kes hari ini, 756 (35.0%) adalah kes2 yang berdaftar lewat antara 2-3 hari selepas keputusan saringan diketahui, 249 (11.5%) lewat daftar antara 4-5 hari dan 174 (8.0%) adalah kes2 yg lewat daftar melebihi 5 hari.

Saringan kontak rapat menyumbang 57.6% atau 1246 kes daripada 2163 hari ini, saringan bergejala 31.2% atau 675 kes, Kluster 36 kes, saringan bersasar 8 dan saringan lain 198.

Sebanyak 83.2% (1799) kes hari ini melibatkan warganegara Malaysia dan 16.8% (364) pula adalah warga asing.

Dalam pada itu, sebanyak 181 kes melibatkan kanak-kanal yang berumur 5 tahun ke bawah termasuk 22 bayi yang berumur kurang daripada satu tahun. Manakala, 397 (18.4%) adalah remaja yang berumur antara 6 hingga 17 tahun.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (11 Sept) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 449 (302)
Sandakan – 245 (244)
Kota Marudu – 155 (47)
Lahad Datu – 141 (201)
Papar – 122 (114)
Tuaran – 112 (196)
Putatan – 103 (68)
Tawau – 100 (95)
Ranau – 85 (28)
Keningau – 77 (105)
Penampang – 64 (149)
Kalabakan – 60 (4)
Kudat – 58 (49)
Kota Belud – 56 (115)
Beluran – 53 (63)
Telupid – 42 (57)
Pitas – 41 (41)
Tenom – 37 (23)
Nabawan – 32 (49)
Semporna – 29 (30)
Kunak – 28 (44)
Kinabatangan – 18 (112)
Tongod – 17 (25)
Tambunan – 16 (11)
Beaufort – 12 (59)
Sipitang – 7 (10)
Kuala Penyu – 4 (5)