Polis Labuan Sita 3 Kereta Kerana Ubahsuai Ekzos

Polis Labuan Sita 3 Kereta Kerana Ubahsuai Ekzos

0
SHARE

LABUAN – Polis Labuan di sini menyita TIGA (3) buah kereta atas kesalahan dibawah Seksyen 64(1) berikutan kesalahan ubahsuai ekzos.

Ketua Polis Labuan Superintendan Ahmad Jawila berkata pihaknya menahan ketiga-tiga kereta berkenaan menerusi Operasi Samseng Jalanan di Jalan Merdeka, kerana memandu dengan bunyi ekzos bising.

Ketiga-tiga pemandu berumur antara 22 hingga 42 tahun dibawa ke IPD Labuan untuk siasatan dan pemeriksaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesahkan ubah suai ekzos dilakukan dengan membuat sambungan terus ekzos ke enjin.

Mereka disaman atas kesalahan ubahsuai ekzos di bawah kaedah 103 LN170/59.

Salah seorang pemandu turut disaman dibawah Seksyen 26(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan tiada lesen memandu.

Ketiga-tiga pemandu seterusnya diarah mengembalikan bentuk asal ekzos sebelum notis larangan berkuat kuasa, 17 Sept ini.

Sabit kesalahan, denda tidak lebih RM2000.00 atau penjara tidak melebihi 6 bulan.

Manakala bagi kesalahan tidak memiliki lesen memandu, boleh didenda RM300.00 hingga RM2,000.00 atau penjara tidak lebih 3 bulan atau kedua-duanya sekali.

Orang awam dinasihatkan untuk tidak mengubah suai kenderaan tanpa kebenaran pihak berkuasa bagi mengelak tindakan saman.