Manifesto GPS Dilancarkan Bagi Hadapi PRN Sarawak

Manifesto GPS Dilancarkan Bagi Hadapi PRN Sarawak

0
SHARE

KUCHING, SARAWAK – Gabungan Parti Sarawak (GPS) malam tadi melancarkan ‘Manifesto GPS’ bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) kali ini.

Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang melancarkan 34 manifesto atau janji berkenaan berkata akan terus melaksanakan lebih banyak inisiatif bagi meningkatkan kemajuan, kemakmuran, kesejahteraan dan kegemilangan demi rakyat negeri ini.

Menurutnya, manifesto berkenaan akan memperjuangkan hak Sarawak, menjamin hak rakyat, menjaga kebajikan rakyat dan membangunkan masa depan Sarawak.

Berikut adalah tawaran dalam Manifesto GPS:

1 – Menjamin kestabilan dan autonomi politik Sarawak;

2 – Mempertahan dan membela hak-hak Sarawak mengikut Perlembagaan Persekutuan, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), Perlembagaan Negeri Sarawak dan Undang-Undang Negeri Sarawak;

3 – Menjamin hak kesaksamaan yang inklusif untuk semua rakyat Sarawak;

4 – Mengiktiraf dan menjamin hak rakyat ke atas tanah Native Customary Right (NCR) dan Native Territorial Domain (NTD);

5 – Menjadikan Sarawak maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030;

6 – Merapatkan jurang pendapatan rakyat melalui pewujudan lebih banyak peluang pekerjaan;

7 – Membasmi kemiskinan bandar dan luar bandar;

8 – Menyediakan lebih banyak Rumah Mampu Milik, Skim Pembesaran Kampung (SPK), Skim Penempatan Semula (SPS), Bantuan Pembinaan dan Baik Pulih Rumah Panjang;

9 – Memacu pembangunan ekonomi Sarawak melalui agenda ekonomi digital;

10 – Memperkasakan usaha melindungi dan memulihara alam semula jadi;

11 – Meningkatkan pendapatan dan sumber hasil Sarawak;

12 – Memperhebatkan jaringan jalan perhubungan, pengangkutan, pelabuhan dan lapangan terbang;

13 – Memperluaskan liputan bekalan air, elektrik dan gas;

14 – Memperluaskan liputan telekomunikasi dan kemudahan digital;

15 – Mentransformasikan pembangunan ekonomi luar bandar;

16 – Merancakkan pembangunan bandar sejahtera dan pintar;

17 – Mentransformasikan dan memacu sektor pertanian, penternakan dan perikanan;

18 – Membangun sektor perindustrian dan pelaburan;

19 – Menyediakan lebih banyak peluang perniagaan dan memperkasakan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS);

20 – Memperhebatkan sektor pelancongan dan perkhidmatan;

21 – Memperkasakan perkhidmatan kerajaan yang berteraskan kepada integriti dan tadbir urus yang baik;

22 – Meningkatkan akses dan kualiti perkhidmatan kesihatan;

23 – Meningkatkan kualiti pendidikan dan latihan teknikal;

24 – Menjamin keselamatan negeri dan rakyat;

25 – Meningkatkan kecekapan pengurusan bencana;

26 – Mengukuhkan keharmonian dan kesejahteraan sosial;

27 – Menjamin dan memelihara budaya, warisan dan kepercayaan pelbagai kaum;

28 – Memperkukuhkan Mahkamah Adat Bumiputera;

29 – Membantu dan mempercepatkan anak Sarawak yang layak untuk mendapatkan kerakyatan;

30 – Menjaga dan memelihara kebajikan rakyat;

31 – Memperkasakan penglibatan wanita dalam pembangunan Sarawak;

32 – Mempertingkatkan penyertaan belia dalam pembangunan Sarawak;

33 – Memperhebatkan bidang sukan;

34 – Penubuhan dana kekayaan berdaulat.