KOTA KINABALU, SABAH – Kes harian COVID-19 Sabah meneruskan trend menurun dengan pengurangan 16 kes lagi berbanding jumlah kelmarin.
Jumlah hari ini bagi seluruh negeri Sabah ialah 181 KES.
Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kedudukan kes jangkitan di seluruh negeri semakin stabil dan terkawal.
“Cuma enam (6) daerah yang mencatat kes baharu dua angka.
“Daerah Tuaran penyumbang utama kes di Sabah hari ini dengan 35 kes, diikuti Kota Kinabalu dengan 31 kes dan Penampang dengan 19 kes.
“Tidak ada kes baharu di tujuh (7) daerah,” katanya dalam sebuah rumusan harian kes.
Beliau berkata seramai 173 daripada 181 pesakit hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2.
“Hanya seorang dalam Kategori 3, tiga (3) orang dalam Kategori 4 dan seorang dalam Kategori 5…
“Kes yang melibatkan tiga (3) orang pesakit lagi masih dalam penilaian lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah,” tambahnya.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (13 Dis) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Tuaran – 35 (34)
Kota Kinabalu – 31 (27)
Penampang – 19 (19)
Kota Belud – 15 (22)
Papar – 14 (17)
Ranau – 13 (22)
Putatan – 9 (0)
Kota Marudu – 8 (2)
Tenom – 7 (5)
Kuala Penyu – 6 (6)
Keningau – 6 (8)
Tambunan – 5 (5)
Kudat – 4 (2)
Sandakan – 3 (7)
Semporna – 1 (0)
Telupid – 1 (0)
Lahad Datu – 1 (0)
Sipitang – 1 (3)
Beaufort – 1 (7)
Tawau – 1 (3)
Beluran – 0 (1)
Kinabatangan – (0)
Kunak – 0 (0)
Nabawan – 0 (5)
Pitas – 0 (1)
Tongod – 0 (0)
Kalabakan – 0 (0)





